SUARA SOSIALISME
MALAYSIA
Temuramah-Temuramah
1.
Temuramah
dengan Tony Cliff – Tony
Cliff, yang telah meninggal dunia pada 9hb April 2000, merupakan seorang
sosialis revolusioner selama 70 tahun. Dia telah menggabungkan pemahaman teori
dengan amalan revolusioner yang memungkinkan pembinaan Parti Pekerja Sosialis
(SWP) di Britain. Di sini diterbitkan salah satu temuramah dengan Cliff dari
tahun 1970, di mana dia mempertahankan sosialisme dan parti revolusioner serta
membincangkan isu-isu seperti Ireland Utara dan Palestin.
2.
Temuramah
Dengan Ahmad Ben Bella – Ahmad
Ben Bella pernah menjadi salah seorang pemimpin utama gerakan FLN, yang
menerajui pemberontakan menentang penjajahan Perancis di Maghribi pada tahun
1950-an. Dia menjadi perdana menteri pertama Maghribi pada tahun 1962, dan
setahun kemudian dia dilantik sebagai presiden pertama negara tersebut. Dia
ditumbangkan oleh rampasan kuasa dan dipenjarakan selama 20 tahun tetapi kekal
sebagai simbol perjuangan demi kemerdekaan. Dia ditemuramah oleh Anne
Alexander.
3.
Temuramah
Dengan John Pilger – Wartawan
dan pembuat dokumentari, John Pilger, telah menerbitkan rancangan television (The
New Rulers of the World) yang menunjukkan bagaimana golongan miskin di
dunia masih mengalami kesengsaraan akibat agenda Pertubuhan Perdagangan Sedunia
dan Dana Kewangan Antarabangsa. Dia ditemuramah oleh Karen O’Toole.
4.
Temuramah
Dengan Aktivis di Indonesia – Sebelum pihak polis menyerang dan memberhentikan ‘Rundingan Perpaduan
Rakyat Asia Pasifik’ di Jakarta pada 3hb Jun 2001, Paul Kellogg, Tom O’Lincoln,
Ian Rintoul dan Giles Ungkaporn telah menemuramah beberapa aktivis kesatuan
pekerja dari Indonesia.
5.
Temuramah
Dengan Rage Against the Machine dan Asian Dub Foundation – Dua daripada kumpulan muzik yang paling
menarik pada masa ini juga terlibat dalam kempen menentang ketidak-adilan.
Robyn Mills dan Martin Smith telah berbincang dengan Tom Morello dari kumpulan
muzik Rage Against the Machine dan Dr Das serta Pandit G dari Asian Dub
Foundation mengenai politik, rasisme dan muzik.
6.
Temuramah
Dengan Femi Aborisade – Leo
Zeilig berbicara dengan ahli sosialis dari Nigeria bernama Femi Aborisade. Femi
dipecat dari pekerjaannya sebagai pensyarah di Universiti Politeknik Ibadan
pada tahun yang lalu kerana memimpin aksi permogokan yang berjaya.
7.
Temuramah
Dengan Noam Chomsky – Pada
bulan September 2001, iaitu sejurus selepas serangan pada Menara Berkembar di
New York, wartawan dari Radio B92 di Belgrade telah menemuramah Noam Chomsky,
iaitu seorang aktivis anti-imperialis dari Amerika Syarikat yang terkenal.
8.
Temuramah
Dengan Tariq Ali – Tariq
Ali adalah seorang sosialis dan penyokong kempen anti-imperialis dan
anti-peperangan. Dia telah menulis buku baru bertajuk The Clash of
Fundamentalisms. Tariq telah berbincang dengan Kevin Ovenden dan Talat
Ahmed mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh buku tersebut.